Politik

Perikatan Nasional (PN) mampu menawan Melaka

SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 November, 2021.

SPR juga mengingatkan kepada semua pihak yang bertanding pada PRN Melaka harus mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Di Pocket Talk kali ini, kami bawakan Mak Kah Keong selaku Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia bagi mengulas PRN di Melaka.

 

Menurut beliau, rakyat Melaka sendiri masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ini kerana negara sedang melawan musuh pertama iaitu wabak Covid-19.

“Ada pihak disebelah sana terlalu rakus terhadap kuasa dan sanggup menjatuhkan parti sendiri” katanya

Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat walaupun bimbang dengan apa yang bakal terjadi.

Tambahan beliau “PRN di Melaka kali ini agak berlainan apabila ada kekangan dalam melakukan kempen secara fizikal”,

“Tetapi saya percaya dengan teknologi yang baru rakyat sudah selesa dengan media social yang ada. Saya percaya sekiranya kita betul-betul menggunakan medium yang ada, rakyat Melaka akan mengenali calon-calon yang bertanding”. Ujar beliau

Baharu ini, Khairy Jamaludin mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Mak juga menegaskan beberapa perkara yang harus dititik beratkan oleh Perikatan Nasional (PN) di Melaka adalah pelancongan.

Ujarnya “pelancongan mempunyai satu impak yang besar terhadap rakyat Melaka, makin ramai pelancong masuk ia akan memperkasakan dan membangunkan ekonomi rakyat Melaka”

Selain pelancongan, beliau mencadangkan adanya penaik tarafan di tempat rekeareasi seperti tempat jogging, tempat orang pergi menjala, juga memancing.

“Dua perkara ini harus dititik beratkan sekiranya Perikatan Nasional ingin berjaya menawan melaka” tambahan beliau.

Beliau juga percaya bahwa Perikatan Nasional (PN) di bawah naugan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menawan Melaka.

“Kalau dulu ketika PKP, PN banyak dikiritk dan dihina akibat kepayahan yang terpaksa mereka alami. Namun, hari ini kita sudah dapat manfaat daripada polisi-polisi dan keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri,”

“kita sekarang dah kembali baik, segala yang kita sedia ada dan apa yang kita nikmati sekarang adalah polisi yang telah ditetapkan oleh Muhyiddin”. Katanya pada Pocket Talk

Beliau juga menyeru agar rakyat Melaka beri peluang kepada Perikatan Nasional, sekiranya ingin melihat perubahan pada Melaka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

PALING POPULAR

To Top