Umum

PN bakal meningkatkan kecekapan operasi kemudahan kesihatan

Manifesto PN berjanji akan meningkatkan peruntukan kesihatan daripada 5% keluaran dalam negara kasar (KDNK) secara berperingkat bagi memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Selain itu, manifesto PN antara lain menawarkan pengecualian cukai khusus sebanyak RM3,000 bagi aktiviti sukan dan riadah bagi mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Ia turut berjanji untuk menyediakan dana khas bagi mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan hospital selain menambah bilangan doktor pakar dan menaik taraf hospital daerah. 

Selain itu, tawaran kesihatan yang ditawarkan ialah:

  • Menyediakan kerangka dan sistem pengurusan kesihatan negara yang holistik dengan mengambil kira keperluan kesihatan warga emas sebagai persediaan ke arah negara menua.
  • Menyediakan dana khas bagi mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan hospital.
  • Menambah bilangan doktor pakar dan menaik taraf hospital daerah.
  • Mempercepatkan digitalisasi dan pemodenan fasiliti serta perkhidmatan kesihatan yang bersepadu dan terangkum, termasuk membangunkan data raya komprehensif.
  • Meningkatkan khidmat kesihatan bergerak di kawasan padat penduduk.
  • Memperkasa akses kepada bantuan kesihatan mental di pusat kesihatan Kerajaan.
  • Memperluaskan pendekatan kesihatan preventif, termasuk bagi menangani penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases).
  • Membangunkan industri farmaseutikal dan peralatan perubatan untuk memastikan negara mampu memenuhi keperluan perubatan dan kesihatan serta mengurangkan kos perubatan kepada rakyat.
  • Memastikan setiap hospital mempunyai jaringan pengangkutan awam yang cekap dan kemudahan parkir yang mampan.
  • Memperluaskan perkhidmatan jururawat komuniti untuk pesakit seperti lumpuh dan anak berkeperluan khas di rumah.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pegawai perubatan dan kumpulan sokongan termasuk perjawatan doktor, kes buli dan kebajikan houseman serta isu kekurangan doktor pakar.

PALING POPULAR

To Top