Umum

PN harap tsunami politik 2018 berulang

Perikatan Nasional (PN) berharap tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berulang pada 19 November ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gelombang sokongan yang semakin meningkat adalah petanda gabungan tersebut mempunyai peluang cerah untuk menubuhkan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Mata kepala saya sendiri menyaksikan telah wujud satu gelombang hebat di Perlis. Ini petanda luar biasa yang menunjukkan bahawa rakyat Perlis sudah bersedia menyokong PN.

“Untuk menegakkan sebuah kerajaan baharu di negeri Perlis dan di peringkat Persekutuan di bawah parti PN. Gelombang ini akan terus menjadi gelombang yang lebih besar dan diharap pada 19 haribulan (November) akan berlaku tsunami (politik).

“Bagaimana yang berlaku pada tsunami (politik) yang berlaku pada 2018, diharap segala sampah sarap politik BN dan Pakatan Harapan (PH) akan hanyut masuk ke dalam laut di hadapan kita ini,” katanya ketika berucap dalam ceramah Jelajah PN Best di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis pada malam Selasa.

Menurut Muhyiddin, selepas itu mungkin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang ‘bersih’, stabil dan menjamin masa depan lebih baik.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top