Umum

PN umum calon PRN Johor seminggu lagi

Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai semua calon bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh seminggu lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setakat ini, terlalu ramai calon berkelayakan di Johor untuk dipilih sehingga menyukarkan pihaknya membuat keputusan.

“Senarai calon sudah ada, tetapi belum lagi diputuskan. Tunggu sajalah pengumuman selepas kita selesaikan pembahagian kerusi,” katanya selepas majlis resepsi Tahun Baharu Cina anjuran GERAKAN, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden GERAKAN, Dr Dominic Lau dan beberapa pemimpin parti PN.

Sementara itu, Dominic berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi GERAKAN pada PRN Johor kini berada dalam perbincangan terakhir.

Katanya, seperti apa yang disebut Muhyiddin, pihaknya akan mengetahui jumlah kerusi ditandingi GERAKAN dalam tempoh seminggu lagi.

“Setiap parti di bawah PN pasti mempunyai kerusi pilihan masing-masing untuk bertanding.

“Bagaimanapun, berapa jumlahnya, apa yang pasti kita mempunyai semangat yang tinggi untuk memastikan PN menang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR

To Top