Buletin

Prosiding bela diri Zahid sambung tahun depan

Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersambung Januari tahun depan, lapor Sinar Harian.

Prosiding yang dijadualkan berlangsung pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah itu ditangguhkan selepas peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, rayuan interlokutori dalam kes itu ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 14 November ini.

Untuk rekod, rayuan itu adalah atas permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah yang ditolak Sequerah pada 9 Mei lalu.

Akan menyusul

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top