Politik

Ustaz Kazim tarik diri bertanding tidak sampai 24 jam dicalonkan Zahid

Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim difahamkan sudah membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut.

Menurut laporan, Mohd Kazim membuat keputusan menarik diri itu tidak sampai 24 jam selepas Barisan Nasional (BN) menamakan beliau sebagai calon di kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam tadi.

Untuk rekod, pencalonan Mohd Kazim itu kali pertama diterimanya selepas UMNO sebelum ini berkali-kali cuba menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan tempat Mohd Kazim akan digantikan Ketua Koordinator BN, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud di Parlimen Larut.

Penarikan diri Mohd Kazim dilihat akan menjadi satu tamparan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah pun menerima tekanan daripada akar umbi ekoran pemilihan calon tidak menepati kehendak pengundi di kawasan.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top