Umum

Pulau Pinang dan Kedah harus cekap dalam penyelesaian masalah air – Yb Dr.Afif Bahardin

Sehingga kini, Kerajaan Pulau Pinang ataupun DAP masih enggan membayar royalti bekalan air mentah sebagaimana dituntut oleh Kedah.

Perkara itu, didedahkan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-62 di Dewan Al-Hana, semalam.

Menurut beliau, “Walaupun tiada undang-undang yang termaktub agar Pulau Pinang perlu membayar royalti air mentah kepada Kedah namun pemimpin negeri itu perlu faham Kedah hilang sumber pendapatan dari hasil hutannya yang beribu hektar.

Beliau juga menegaskan agar Pulau Pinang wajar memikirkan pengorbanan Kedah memelihara hutan simpan semata-mata menjaga keaslian sumber air.

“Pengorbanan ini begitu besar dan sepatutnya negeri-negeri yang mengambil manfaat dari sumber airnya membayar imbuhan sebagai tanda terima kasih,” ujar beliau.

Terpanggil, untuk menyelesaikan masalah yang melanda Pulau Pinang dan Kedah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, YB Dr. Afif Baharudin dalam kenyataan medianya berkata:

Kedah juga, mempunyai keperluannya sendiri seperti bekalan air untuk pertanian dan kegunaan harian namun mempunyai banyak kawasan tadahan hujan tidak dikawalselia.

Projek infrastruktur juga perlu diwujudkan bagi fasiliti takungan mahupun tebatan banjir bagi menyalurkan air lebihan ini sebagai sumber air baru untuk negeri Kedah dan juga Pulau Pinang.

Selain itu beliau berharap agar, Pulau Pinang dan Kedah sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

“Maka saya gesa Menteri bertanggungjawab untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan konstruktif daripada melihat permasalahan ini dari ruang lingkup politik semata-mata mahupun sempadan negeri yang halimunan” ujarnya.

Tambahan beliau, “Manfaat pengurusan sumber air yang cekap dan mapan bukan sahaja bakal memberi faedah kepada rakyat Kedah dan juga Pulau Pinang, bahkan menjadi penyelesaian tuntas kepada tuntutan yang tidak berkesudahan ini.

Pulau Pinang yang mendapatkan sumber bekalan air mentah daripada Sungai Muda di Kedah berkeras untuk tidak melakukan sebarang pembayaran sehingga kini dan ia berlarutan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.

Namun pertemuan antara sanusi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika menghadiri majlis rasmi di Istana Negara pada 25 November 2021 agak menghampakan, apabila Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang tidak mampu membayar kerana hasil mereka tidak banyak.

PALING POPULAR

To Top