Umum

Bung Moktar, Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah 2.8j

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.

Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

PALING POPULAR

To Top