Umum

Pulau Pinang tarik balik darjah kebesaran Najib

Penghormatan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada bekas perdana menteri Najib Razak telah dibatalkan berkuat kuasa hari ini.

Najib dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri, yang membawa gelaran “Dato’ Seri Utama”, pada 2009.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang Zakuan Zakaria berkata Gabenor Pulau Pinang Ahmad Fuzi Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan gelaran itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC International pada 23 Ogos.

PALING POPULAR

To Top