Buletin

Radzi bawa anak bongsu ambil vaksin Covid-19

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membawa anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin IOI City Mall, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook (FB) miliknya, Radzi berkata, proses pemberian vaksin cepat dan teratur.

Katanya, proses mengambil masa kurang dari satu jam bermula daripada beratur untuk mendaftar sehingga selesai pemantauan.

“Tahniah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Khairy Jamaluddin (KJ).”

“Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur lima hingga 11 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk vaksinasi #PICKids,” katanya.

Sehingga hari ini, seramai 484,639 kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun sudah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi PICKids bermula 3 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

PALING POPULAR

To Top