Umum

Najib Razak dilaporkan positif COVID

Gambar Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan positif COVID 19 pada hari Rabu.

Perkara telah dimaklumkan oleh pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi yang menyatakan Najib Razak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari Selasa selepas beliau mengadu demam.

Bekas Perdana Menteri itu didapati positif COVID-19 setelah menjalani pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor pakar.

Sehubungan itu, turut dilaporkan Najib sedang berada dalam keadaan stabil dan kini menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mukhlis mewakili keluarga Najib, menyampaikan terima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.

 

PALING POPULAR

To Top