Business

RHB menjalinkan kerjasama dengan TNB untuk mempromosikan tenaga hijau

RHB mengadakan kerjasama dengan TNB untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan solusi kegunaan tenaga yang cekap di kalangan PKS dan individu.

Dalam kerjasama strategic ini, TNB akan menyediakan nasihat teknikal berkaitain kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, termasuk pemasangan dan perbekalan sistem solar PV kepada PKS mengutamakan pelanggan PKS RHB dan pelanggan serta rakan kongsi TNB.

Bagi PKS, RHB menawarkan beberapa perkhidmatan pembiayaan bawah “Green Financing Scheme” termasuk “SME Green Renewable Energy Financing”, “SME Green Construction Financing”, “SME Green Commercial Property Financing”, “SME Green Working Capital Financing” dan juga “SME Green Capital Expenditure (CAPEX) Financing”. Bagi individu pula, tersedia “RHB Vehicle Financing-i (Variable Rate). Maklumat lanjut yang berkaitan boleh didapati di laman web RHB.

RHB bersama TNB akan menganjurkan jerayawara kecekapan bermula suku tahun ketiga 2023 melibatkan PKS di bandar-bandar utama bagi menggalak kesedaran amalan perniagaan yang mampan.

Penukaran dokumen rasmi antara RHB and TNB berlangsung di “Energy Transition Conference” pada 28 Ogos 2023 disaksikan oleh oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

 

Sumber NST

PALING POPULAR

To Top