Umum

Rosmah bersalah tuduhan minta, terima rasuah

Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kini meminta pihak-pihak berhujah berhubung hukuman.

Rosmah, 70, didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi. – UTUSAN

PALING POPULAR

To Top