Umum

Rumah di pecah masuk, senapang patah, 200 peluru lesap

Gambar Hiasan

Selaras senapang patah jenis 12 bore lesap setelah rumah seorang penoreh getah dipecah masuk dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin pada hari Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, laporan mengenai kejadian itu diterima jam 9.51 malam pada hari kejadian.

“Ketika kejadian antara jam 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan pemilik senjata api iaitu lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas.

“Turut didapati hilang, 200 butir peluru 12 bore dan satu peti simpanan senapang,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melalui 06-4431999 atau 06-4411222,” katanya.

 

PALING POPULAR

To Top