Umum

Tinjauan dwi-tahunan MGCC, syarikat Jerman mendapati 2024 tahun yang mencabar untuk Malaysia

Gambar Hiasan

Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) menyatakan syarikat Jerman di Malaysia menjangkakan tahun 2024 yang mencabar berdasarkan faktor seperti ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah yang tinggi.

Menurut tinjauan dwi-tahunan AHK World Business Outlook Fall 2023 MGCC yang fokus kepada sentimen firma Jerman yang beroperasi di Malaysia, mendedahkan bahawa 49 peratus syarikat dari negara itu berkata prospek untuk Malaysia tahun depan akan kekal sama.

Bagaimanapun, 34 peratus daripada responden memberi maklum balas bahawa perkembangan ekonomi tempatan adalah positif.

Mengulas berkenaan risiko ekonomi bagi syarikat dalam tempoh 12 bulan akan datang, 51 peratus responden berkata permintaan menjadi kebimbangan utama, serta masing-masing 46 peratus berkata kekurangan pekerja mahir dan kadar pertukaran mata wang yang tinggi disebabkan kejatuhan ringgit.

Menurut laporan media, Pengarah Eksekutif MGCC Daniel Bernbeck dalam satu kenyataan berkata “ketegangan geopolitik yang berterusan dan kebimbangan terhadap perairan Laut China Selatan yan sedang berlaku sekarang, ia adalah sesuatu yang tidak mengejutkan bahawa ketegangan geopolitik berada di kedudukan teratas dalam senarai. Menurut responden, perkara berkenaan akan memainkan peranan penting dalam membentuk kemajuan pada 2024.”

“Satu lagi kebimbangan ialah halangan teknikal kepada perdagangan dan sekatan yang dilihat perniagaan sebagai halangan yang akan menjejaskan kestabilan rantaian bekalan,” katanya lagi.

Menurut tinjuaun itu lagi, pelaburan yang besar dijangka dibuat dalam bidang pengeluaran dan pembuatan (46 peratus), jualan dan pemasaran (43 peratus) dan perkhidmatan seperti pusat perkhidmatan yang dkongsi (41 peratus).

Tinjauan Perniagaan Dunia AHK itu dalah berdasarkan tinjauan syarikat ahli Dewan Perniagaan Jerman Luar Negara, Pejabat Perwakilan dan Perwakilan (AHK) dalam kalangan lebih 40,000 syarikat yang menjadi ahlinya di 92 negara di seluruh dunia.

Bernbeck berkata dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berlaku, Malaysia menerima pakai beberapa mekanisme termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan menjadi sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik perjanjian perdagangan bebas, ia akan menyokong transformasi negara bersama-sama dengan ekonomi di seluruh dunia.

“Strategi ini pada masa yang sama akan memastikan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global,” katanya

PALING POPULAR

To Top