Buletin

Sambut Anak Sulung, CIMB Beri Bapa Cuti Sebulan

CIMB Bank Bhd memperkenalkan​​​​​​ cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik, untuk membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka, dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.

Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan.

Dasar itu, yang berkuat kuasa hari ini, merupakan pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan, yang membenarkan warga kerjanya mengambil sehingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi, termasuk melanjutkan tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti, dengan mengekalkan jawatan semasa atau kekananan mereka di syarikat itu.

Pendekatan tersebut adalah seiring usaha CIMB untuk terus mempertingkatkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaan gender.

Langkah itu adalah satu lagi usaha untuk menunjukkan penghargaan CIMB kepada kakitangan. -Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top