Buletin

Segera dapatkan vaksin untuk mengurangkan jangkitan.

Semalam, Malaysia telah memecahkan rekod kes Covid-19 dengan mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada 8,290. 

Kerajaan juga telah mengumumkan penutupan sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan. 

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam. 

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. 

Selain itu, keputusan ini diambil setelah melihat kewujudan varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas. Turut mempengaruhi keputusan adalah peningkatan kes kematian yang sudah hampir mencecah 3000 orang. 

Pihak kerajaan juga mengatakan, sekiranya Fasa pertama berjaya mengurangkan kes harian Covid-19, perintah berkurung kedua akan dilaksanakan dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan mematuhi SOP yang ditetapkan. 

Sehubung itu Pengarah Kesihatan , Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata… “Tolong bantu kami dan duduk di rumah, bersama-sama kita membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini’.  

Tambahannya pula, buat masa ini peningkatan kes Covid-19 bagaikan satu ancaman untuk negara yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. Beliau juga mengingatkan agar orang ramai dapat bersiap sedia menghadapi keadaan yang lebih teruk. 

Katanya lagi “sebahagian besar dari kita mematuhi segala protokol kesihatan untuk membendung wabak ini. Namun, sebilangan daripada kita hanya ambil prosedur operasi standard (SOP) dengan sambil lewa walaupun tahu akan peningkatan kes setiap hari”.  

Kecenderungan lain yang membimbangkan adalah bilangan kanak-kanak dan bayi yang dijangkiti wabak ini sangat membimbangkan. Dimana sebanyak 6.290 dijangkiti oleh bayi bawah 18 bulan dan sekitar 48.261 oleh kanak-kanak. Ia menjadikan kebolehjangkitan kepada bayi dan kanak-kanak lebih tinggi berbanding warga emas. 

Kita semua mesti rasa gementar, gelisah dan takut akan kesihatan diri dan keluarga. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh kita rakyat Malaysia adalah duduk dirumah dan bersama kita memerangi rantaian Covid-19 ini yang semakin meningkat naik dan adanya kemunculan varian yang mematikan. 

Sekiranya kita dapat mengurangkan mobilisasi ini, kita akan dapat mengurangkan penularan virus. Marilah! Kita bergabung dengan lebih daripada 2.6 juta orang di negara ini yang telah divaksin sehingga sama-sama kita dapat mencapai kekebalan keboleh jangkitan virus ini.

PALING POPULAR

To Top