Umum

Selamat dinikahkan, Mohamed Nazir dan isteri telah berkenal sejak 80-an

Gambar IG Nazir Razak

Bekas pengerusi CIMB Bank Berhad, Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak yang telah selamat bernikah pada pagi Jumaat, mendedahkan beliau dan kekasih hatinya merupakan kenalan ketika belajar di United Kingdom sejak pertengahan 1980-an lagi.

Menurutnya, mereka bagaimanapun meneruskan kehidupan masing-masing selepas itu dan tidak menyangka akan dipertemukan kembali.

“Walaupun saya berusaha sebaik mungkin, kami hanya kawan. Kami kemudiannya menjalani perjalanan hidup yang sangat berasingan, dia di New York selama 27 tahun.

“Takdir telah mempertemukan kami kembali. Syukur kerana masih ada kesempatan untuk membina kehidupan baharu sebagai pasangan.

“Kami sangat bersyukur kepada ALLAH SWT atas peluang ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Terdahulu gambar pernikahan Mohamed Nazir yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Norashman Najib telah mendapat perhatian dan reaksi orang ramai setelah ia tular di media sosial.

Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

PALING POPULAR

To Top