Umum

CEO MYAirline mengundur dari jawatan atas faktor kesihatan

Foto Facebook MYAirline

MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa 7 Oktober atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO), Stuart Cross akan memangku tanggungjawab CEO MyAirline.

Lembaga Pengarah MYAirline menyatakan ia akan melantik CEO baharu dalam masa terdekat, namun ia juga tertakluk kepada kelulusan kawal selia.”

MYAirline turut berkata, sejak pelancaranya pada Disember 2022, visi dan kepimpinan Rayner telah memainkan peranan penting dalam peningkatan syarikat penerbangan.

Ia juga mengatakan bahawa lembaga pengarah telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Rayner atas sumbangan cemerlangnya dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada MYAirline.

Mengenai operasinya, ia berkata, “MYAirline berada dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perkongsian strategik yang menjanjikan pertumbuhan masa depan syarikat penerbangan itu,”

Ia juga berkata operasinya kekal sama walaupun adalah perlu untuk menggabungkan laluan tertentu semasa dalam proses peralihan daripada jadual penerbangan musim panas pertamanya ke musim sejuk.

Keadaan ini ditambah lagi dengan kelewatan penghantaran beberapa pesawat yang pada asalnya dijadualkan beroperasi sekarang,” katanya.

Terkini, Stuart Cross yang memangku jawatan CEO mengumumkan “kami dengan sukacitanya telah menerima lanjutan sijil operasi udara (AOC) untuk tempoh 24 bulan.”

 

Sumber MYAirline

PALING POPULAR

To Top