Umum

Seorang lelaki cedera parah dipijak gajah

Gambar Hiasan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan seorang lelaki mengalami cedera parah akibat dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Gerik.

Dalam insiden pada 7 malam hari Khamis itu, mangsa dari Felda Bersia di Gerik itu mengalami kecederaan patah rusuk, tulang kaki kiri dan mengalami pendarahan kepala.

Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, kejadian berlaku ketika mangsa berada dekat sungai.

“Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah senja sekitar 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian, terdapat 12 orang dekat tempat kejadian, tetapi cuma dia seorang yang kena (diserang gajah) disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Gerik dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.

PALING POPULAR

To Top