Umum

Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka operasi 2025

Gambar Facebook

Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg memaklumkan syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak dijangka akan mula beroperasi seawal 2025.

Menurutnya, proses mengambil alih syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) sedang berlangsung, susualan persetujuan secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan, dan Malaysia Aviation Group.

“Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut.

“Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025,” katanya dilaporakan media selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di Kuching.

Abang Johari turut mengesahkan syarikat tersebut sudsh mempunyai nama namun belum boleh didedahkan.

“Modelnya saya akan umum nanti. Namanya sudah ada. Mudah-mudahan tahun hadapan sudah boleh beroperasi,” katanya lagi.

PALING POPULAR

To Top