Umum

Shahril Hamdan perlu belajar lagi sebelum bersuara – Ketua Penerangan Armada bersatu

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka membidas kepemimpinan Perdana Menteri yang dilihat tidak memandang semua isu yang sedang membelenggu negara ketika ini.

Namun, kenyataan Muhyiddin Yassin itu dibidas oleh Pegawai Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Shahril Hamdan yang menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang gagal sebelum ini kerana membiarkan banyak syarikat yang bungkus akibat ‘lockdown’.

“Muhyiddin Yassin perlu melihat diri sendiri”, ujarnya.

Terpanggil untuk memberi kenyataan, Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim menyifatkan kenyataan Shahril Hamdan itu sebagai satu alasan dan berdolak-dalik dalam menyalahkan orang lain.

Dalam hantarannya di Facebook, dia menyoalkan kembali kepada Shahril Hamdan, siapa yang menyuruh Muhyiddin Yassin menutup kilang dan kedai untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dia lupa ke masa PKP, pemuda UMNO lah yang kuat melalak suruh kerajaan tutup kilang, pejabat dan juga kedai”,

Namun, Muhyiddin Yassin tidak pernah tunduk kepada desakan pemuda UMNO. Masih memberikan peluang kepada peniaga dan perusahan untuk menjalankan perniagaan.

“Malah, beliau membantu dengan memberi banyak bantuan seperti inisiatif Penjana, Pemulih, Pemerkasa, Perihatin PKS dan lain-lain lagi”, ujarnya.

Tambahannya lagi, subsidi upah juga diberikan kepada syarikat-syarikat untuk memastikan mereka dapat terus menggaji pekerja walaupun perniagaan terjejas.

Shahril  juga menganggap nilai ringgit yang turun ketika ini, perkara biasa.

Ashraf berkata, “kalau nak comment macam itu, beri jawpan yang standard tak payah bagi apa-apa kenyataan”,

Muhyiddin juga telah menjelaskan bahawa kejatuhan wang ringgit ke atas kos sara hidup rakyat disebabkan ini, disebabkan Malaysia banyak import barangan makanan hampir RM63 bilion setahun.

Kalau nilai ringgit terus jatuh, harga barang makanan akan menjadi semakin mahal.

“Jadi, adakah kejatuhan ringgit ini satu masalah yang perlu dipandang enteng dan kerajaan tidak perlu lakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini?”, tegas beliau.

Beliau juga berharap agar Shahril tidak memberi jawapan seperti beliau adalah Menteri Kewangan.

Shahril juga mempertikaikan, kajian yang mengenai rakyat yang mengikat perut dan lewat membayar hutang.

“Itu adalah dapatan kajian, tak perlu mempertikai. Akui sahaja bahawa zaman Muhyiddin Yassin tiada yang mengikat perut kerana adanya berjuta kotak makanan dihantar ke rumah-rumah, sekarang ada?”,

Beliau berharap agar Shahril sentiasa peka akan keadaan sekeliling, membaca data dan buat lebih banyak kajian mengenai ekonomi negara.

“Jangan semuanya nak dipertikaikan, tanpa usul periksa”, ujarnya lagi.

Ashraf juga mengatakan eloklah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilakukan supaya pemimpin baru yang lebih beramanah dapat dipilih jadi pemimpin.

PALING POPULAR

To Top