PENYANYI Shila Amzah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada Selasa.
Berita tersebut turut dikongsi Shila menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Menerusi hantaran tersebut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 31, turut melahirkan rasa syukur selepas urusan perceraiannya bersama bekas suami selesai dan berjalan lancar.
“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi.
“Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Selain itu Shila turut memuat naik video di InstaStory, selepas urusan penceraian selesai.
“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan, tak ada orang dalam dunia ni berkahwin untuk bercerai.
“Apa sahaja kemungkinan dan juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. So, let’s move on and do our best to build our life untuk menjadi yang lebih baik,” katanya.
Pada Disember tahun lalu, Shila mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian dari suaminya, Haris Idraki.
Shila turut memuat naik hantaran di IG dan memaklumkan, dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.
Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.