Umum

Shuib tampil menjelaskan isu caruman KWSP Bubblebee

Gambar IG ShuibSepahtu

Pelawak dan pengasas Bubblebee, Shuib mengakui bahawa syarikat miniman yang diasaskannya itu mengalami masalah dari segi pembayaran caruman perkerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam satu hantaran yang dibuat di Instagram miliknya pada hari Jumaat, Shuib menyatakan masalah caruman KWSP ini berpunca daripada kelemahan daripada pihak pengurusan, khususnya pengurusan kewangan syarikat.

“Kami akui, ya Bubble Bee ada ‘sangkut’ KWSP, cuma saya nak buat pencerahan sebab bila surat layang itu dikeluarkan di TikTok, seolah-olah kami memang langsung buat tak tahu tentang caruman KWSP setiap kakitangan kami,” katanya.

Shuib juga memaklumkan pihaknya juga sudah mengadakan rundingan dengan KWSP bagi menyelesaikan isu bayaran caruman pekerja yang tertunggak, menjawab dakwaan yang pihaknya tindak mengendahkan hak caruman KWSP perkerja.

“Itu macam tak okay sangatlah sebab saya nak beritahu mula dari awal tahun ini kami berhubung dengan KWSP, maklumkan kepada pihak mereka tentang situasi tunggakan caruman yang mana kami tidak dapat bayar sekali gus,” ujarnya.

Shuib turut berkongsi dalan hanntaran sama bahawa pihaknya telah membuat rundingan dengan pihak KWSP untuk membuat bayaran secara ansuran.

“Kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab itu adalah kewajipan syarikat, macam macam mana pun kena bayar.

“Itu adalah hak pekerja, dan alhamdulillah kami pun ada buat pembayaran cuma menunggu untuk keputusan berapa kali ansuran dan setiap ansuran itu berapa kali yang kami boleh bayar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas dengan isu kelewatan pembayaran KWSP terutamanya kakitangan Bubblebee.

“Saya dan pihak Bubble Bee nak minta maaf kepada kakitangan termasuklah bekas pekerja di atas kekurangan dan kekhilafan ini.

“Insya-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin, saya tak nak ada salah faham,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan mendakwa syarikat minuman Bubblebee milik pelawak Shuib Sepahtu culas menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi KWSP sejak awal tahun 2023.

Tambahan lagi, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubblebee.

PALING POPULAR

To Top