Umum

Siapa Azam Baki sebelum dilantik?

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mempersoalkan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pemeriksaan terperinci sebelum melantik Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mac 2020.

Untuk pengetahuan umum, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Di bawah seksyen ini, KP SPRM dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) itu berkata, persoalan terbabit penting kerana pelantikan Azam dibuat ketika Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memegang jawatan Perdana Menteri kelapan.

“Azam dilantik oleh Yang Berhormat Pagoh (Muhyiddin) ketika menjadi Perdana Menteri kelapan. Saya menjangkakan pemeriksaan latar belakang dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan sebelum pelantikan dibuat.

“Adakah isu ini diketengahkan ketika itu?” soalnya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Selain itu, Marzuki Mohamad dalam hantaranya berkata terdapat beberapa proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ini termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan yang dibuat oleh pelbagai agensi dari masa ke semasa.

Justeru, Azalina mempersoalkan keperluan untuk mewujudkan lebih banyak jawatankuasa bebas bagi memantau SPRM.

“Saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat, ujarnya”.

Azam yang terpalit dengan kes pemilikan saham yang dibangkitkan pihak tertentu.

Rabu lalu, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang, dalam sidang media khas menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM mendapati, tiada perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.

PALING POPULAR

To Top