Buletin

Malaysia tempat ke-13 dalam Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei

Kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Malaysia tidak dapat disangkal lagi, apabila kali ini Malaysia di kedudukan tempat ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei selepas hampir dua tahun memerangi pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, kejayaan Malaysia memerangi pandemik itu adalah hasil penglibatan dan kerjasama antara penjagaan kesihatan awam, swasta dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Vaksinasi yang tersusun membantu negara kita. Bilangan kumpulan antivaksin juga tidak setinggi negara lain, malah kita berjaya mengubah mereka dan menerima vaksin akhirnya. Tambahan dengan adanya aplikasi MySejahtera dalam menangani kes Covid-19,” katanya.

Berdasarkan Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei setakat 31 Disember 2021, Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai pada tempat teratas dengan 82 mata, diikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

Menurut beliau, Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes Covid-19 yang rendah walaupun perjuangan itu belum diisytihar ‘menang’.

Sebelum ini, Malaysia juga menerima pujian daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony J. Blinken yang memuji kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik COVID-19.

Selain itu, MALAYSIA diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Seterusnya, meningkatkan kadar vaksinasi Malaysia dengan suntikan pelalian COVID-19 mencecah lebih daripada 400,000 dos sehari menjadikan Malaysia yang terpantas di dunia.

PALING POPULAR

To Top