Umum

Siasatan tuntuan palsu, anak menteri besar antara 6 individu direman SPRM

Gambar SPRM

6 individu termasuk anak kepada soerang Menteri Besar direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Menurut laporan berita yang memetik sumber, pegawai kanan pejabat menteri besar turut dikenakan perintah reman.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah, pada jam 8.45 pagi Rabu.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan,” kata sumber menurut Berita Harian.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan berkenaan

PALING POPULAR

To Top