Buletin

Sikap Manja Punca Rakyat Malaysia Malas Berjalan

Sikap terlalu manja rakyat Malaysia merupakan antara faktor utama negara ini tersenarai dalam kedudukan ke-44 daripada 46 buah negara yang mempunyai penduduk paling malas berjalan di dunia.

Hasil kajian penyelidik dari Universiti Stanford, California mendedahkan, rakyat Malaysia hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah setiap hari.

Arab Saudi berada di kedudukan ke-45 dengan rakyatnya secara purata berjalan sebanyak 3,807 langkah sehari manakala penduduk yang paling malas berjalan ialah Indonesia dengan 3,513 langkah sehari.

Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, rata-rata rakyat di negara ini kurang kesedaran akan pentingnya berjalan dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan mereka.

“Kebanyakan rakyat Malaysia rasa selesa dengan kehidupan sekarang sehingga menjadi malas untuk berjalan. Mereka sudah biasa menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu lagi berjalan.

“Sikap terlalu manja ini sebenarnya sudah menjadi tabiat rakyat di negara ini sehingga ia menjadi suatu kebiasaan,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top