Buletin

‘Tak perlu sebut nama dia, jangan popularkan dia’ – Dr Mahathir

Tidak perlu terus menyebut nama mereka yang berterusan melanggar undang-undang negara.

Itu pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu untaian kemas kini di Twitter, hari ini.

Mengaitkan situasi itu dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi kes pendakwaan di mahkamah, Dr Mahathir berkata, semakin popular nama seseorang itu, dia akan diangkat menjadi pemimpin, malah tidak mustahil, bakal menjadi perdana menteri pula.

“Jangan sebut. Kalau sebut nama Najib dia akan lebih disukai ramai. Orang yang popular dalam negara demokratik akan jadi pemimpin, jadi Perdana Menteri pun.

“Perdana Menteri boleh curi berbilion Ringgit. Jangan sebut nama pencuri ini. Ia akan jadi popular, jadi Perdana Menteri dan curi duit lagi.

“Jangan sebut nama dia. Di mahkamah jangan sebut nama dia. Maka keadilan akan berlaku. Kena hukum. Tetapi tak payah jalan hukum. Diam sahaja. Jangan sebut nama dia,” katanya.

Malah dalam nada sinis, beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak ‘menegur’ apa sahaja isu yang berkaitan dengan mahkamah, kerana ia mungkin boleh disabitkan sebagai penghinaan kepada mahkamah.

“Sebutlah nama siapa pun. Tak mengapa. Itu keadilan di Malaysia.

“Boleh tarik balik kes. Ada Peguam Negara (AG) untuk ini. Jika tak ada, tukar AG sahaja. Jangan sebut nama. Akan kena sue (saman) kerana menghina.

“Tak ada duit nak bayar peguam. Itu masalah awak.

Undang-undang tentang tidak sebut nama masih berkuasa. Tak dapat bayar peguam masuk dalam sahaja. Itu undang-undang. Negara utama the Rule of Law, pemerintahan mengikut undang-undang. Kelentong sedikit dari undang-undang tak mengapa.

“Jangan tegur. Itu contempt of court, menghina mahkamah. Itu salah. Lebih baik lari ke negara lain. Jika tidak. Masuk dalam,” tulisnya.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top