Umum

Tak perlu sokong calon PH, kata ketua MCA Selangor

Tiada keperluan bagi MCA menyokong calon Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN, kata ketuanya di Selangor, Ng Chok Sin.

“Isu asasnya kerana PH tidak memenuhi ‘semangat kerajaan perpaduan’.

“Justeru, tiada keperluan bagi MCA menyokong calon mereka,” kata Ng dalam ucapan pada Konvensyen MCA Selangor.

Katanya, komponen parti dalam kerajaan perpaduan sepatutnya melayan antara satu sama lain dengan “ihsan dan timbang rasa” untuk memastikan survival sebagai parti politik.

“Kita sudah melaluinya dalam Barisan Nasional (BN) dan kerajaan perpaduan perlu mengikuti prinsip itu juga,” katanya.

Ng, bagaimanapun menekankan MCA akan membantu calon BN dalam kempen PRN nanti.

Pada 5 Julai, MCA mengumumkan tidak bertanding pada PRN enam negeri selepas mengambil kira “situasi politik semasa” menerusi perbincangan mendalam dan analisis.

Dalam pada itu, Presiden MCA Wee Ka Siong, berkata parti memutuskan tidak bertanding pada PRN kerana menyedari risiko tumpas daripada menang di enam negeri berkenaan, sejak 2008.

Katanya, MCA akan berdepan laluan sangat sukar dalam rundingan kerusi memandangkan parti tidak mempunyai kuasa perundingan.

Dalam ucapannya, Wee juga berkata, lebih baik MCA menuruti “gabungan besar” selepas PH dan BN memutus bertanding sebagai satu pasukan, berbanding membenar rundingan agihan kerusi dibuat secara bersendirian oleh komponen parti.

Beliau berkata, parti enggan dilihat sekadar “hiasan” semata-mata.

“Bagaimanapun, bukan bermakna kita akan menyerah kerusi itu selamanya. Cita-cita kita untuk mengambil bahagian pada PRU,” katanya.

Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu

Sumber: FMT News

PALING POPULAR

To Top