Politik

MCA selesai pemilihan saya pemuda dan wanita

MCA baru tamat sesi pemilihan bagi sayap pemuda dan sayap wanita pada 23 September 2023.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor YB Ling Tian Soon telah dipilih sebagai ketua Pemuda MCA yang baru.

Perkara itu telah diumumkan oleh Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon setelah muktamad keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat sayap.

Ling yang juga Adun Yong Peng telah berjaya memperoleh 130 undi, mengalahkan dua pesaingnya Danial Wa Wai How yang memperoleh 58 undi, manakala Bernard Chan Kee Siang gagal memperoleh undi.

Sementara itu, Wong You Fong telah dipilih sebagai ketua Wanita MCA yang baru selepas memperoleh 281 undi mengatasi pencabarnya Ooi Siew Kim yang memperoleh 98 undi.

Jawatan itu tidak dipertahankan oleh penyandang Nicole Wong, yang berhasrat untuk bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan kali ini.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama parti membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan ahli-ahli jawatankuasa pusat akan berlangsung pada esoknya iaitu 24 September.

Keputusan pemilihan itu akan diumumkan selepas selesai proses pengiraan undi yang dijangka pada 7 petang.

Proses pemilihan parti itu dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA, yang memperuntukkan bahawa pemilihan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan, selepas pilihan raya umum.

 

 

Sumber MCA

PALING POPULAR

To Top