Umum

Tangki minyak kereta meletup ketika isi petrol, kereta terbakar, seorang lelaki cedera

Gambar JBPM

Sebuah kereta terbakar selepas tangki minyaknya meletup ketika mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, Kangar.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang dipercayai membawa kereta tersebut Mangsa turut cedera.

Menurut laporan media, mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 40-an itu berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak Proton Iswara Aerobacknya kira-kira 4.10 petang semalam.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis mendapati kebakaran bermula di bahagian kiri tempat duduk depan penumpang.

“Pihak bomba mengesyaki cetusan api ini daripada tindak balas telefon bimbit dengan wap petrol dalam kereta itu sehingga tercetusnya percikan api di tempat duduk penumpang depan kiri itu,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa yang cedera ringan di tangan akibat serpihan kaca kereta ketika letupan, dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.

Katanya, kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 4.25 petang selepas 15 minit kakitangan stesen minyak itu melakukan kerja pemadaman.

Yusharifuddin berkata, setakat ini, kebakaran disebabkan kemalangan dan tiada unsur jenayah.

JBPM sudah mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di bahagian kiri tempat duduk penumpang depan.

 

PALING POPULAR

To Top