Umum

Tauliah mengajar penceramah bebas Ustaz Abdullah Khairi ditarik MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuat keputusan untuk menarik tauliah mengajar seorang penceramah bebas.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penceramah tersebut, Ustaz Abdullah Khairi menerusi hantaran di Instagram abdullahkhairi_official.

Dalam hantaran tersebut, turut disertakan lampiran surat penarikan tauliah mengajar tersebut bertarikh 3 Oktober 2023.

Menurut surat itu, MAIS memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan Subseksyen 118 (3) Enekman Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan perenggan 17 (c) dan (e) Peraturan Bil 3/2023 yang bersidang pada 27 September 2023.

Sambungan itu, penceramah bebas itu hendaklah berhenti daripada menjalankan sebarang ceramah umum atau mengajar apa-apa perkara tentang Islam di Selangor berkuat kuasa penarikan tauliah berkenaan.

“Pihak tuan juga perlu menyerahkan kad identiti tauliah kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau bahagian dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini,” menurut surat MAIS.

MAIS turut mengingatkan penceramah tersebut mematuhi arahan ditetapkan atau berdepan tindakan di bawah Seksyen 119 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 jika didapati mengajar agama atau ceramah selepas penarikan tersebut.

 

 

Sumber Instagram abdullahkahiri_official

PALING POPULAR

To Top