Umum

Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung ACIS UITM

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakukti Akademi Islam dan Kontemporari Universiti Teknologi MARA (ACIS) berkuatkuasa 13 Ogos 2023 sehingga 30 Julai 2025.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang disiarkan oleh pengurusan tertinggi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim di laman Instagram rasmi beliau, “rizalman71”.

“Berbekalkan pengalaman luas di dalam pelbagai bidang yang diceburi selama ini dan jiwa philanthropis yang di miliki , kami yakin beliau dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda terutamanya di institusi pengajian tinggi untuk menjadi seorang yang berfikiran luas dan berpandangan jauh,” katanya.

Tambahnya lagi, pelantikan ini akan membuka lebih banyak ruang untuk beliau melontar pendapat dan pandangan di dalam memacu pembangunan ilmu yang sering dikaitkan sebagai non syariah compliance kepada yang lebih menepati serta mematuhi syariah selari dengan perkembangan teknologi dan zaman.

Dalam pada itu, pengurusan tertinggi Rizalman Ibrahim Group menyifatkan pelantikan tersebut sebagai pengiktirafan kepada segala idea dan perlaksanaan beliau selama ini.

“Ia juga merupakan pengiktirafan atas segala idea dan pelaksanaan aktiviti dan program yang telah dicetuskan oleh beliau terutama kemampuan menarik para penjariah untuk bersama-sama beramal, merancang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan berimpak tinggi”

Beliau terdahulu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM berkuat kuasa 9 Oktober 2020.

 

 

Sumber Instagram rizalman71

PALING POPULAR

To Top