Umum

Tiada caj parkir di kawasan seliaan PBT di Utara Selangor, sekiranya PN menang.

Perikatan Nasional Selangor menawarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”.

Tawaran Perikatan Nasional ini  merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Bagi menangani isu tekanan kos sara hidup, PN telah menawarkan pengecualian bayaran parkir di kawasan letak kenderaan bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor Utara.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak sukar dilaksanakan kerana beliau dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempunyai pengalaman semasa mentadbir Selangor.

Hendaklah kecualikan (bayaran) parkir di Tanjong Karang dan Selangor Utara, itu hanyalah masalah kecil sahaja.

“Insya-ALLAH kalau orang Permatang, Sungai Burong, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan seluruh negeri (Selangor) ini, PN menang, kita kecualikan parkir di Selangor Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Jentera PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang pada malam Ahad.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top