Umum

Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Tanan Merah

Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubungan dakwaan menghisap vape dalam Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen PN itu, beliau telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berhubung dakwaan terhadap beliau itu.

“Speaker menulis berdasarkan semakan dan penelitian saya (Johari) tidak dapat mengesahkan Yang Berhormat (YB) hisap rokok elektronik di Dewan Rakyat,”

Oleh itu tiada tindakan diambil, kata Ikmal dalam persidangan Dewan Rakyat hari Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengatakan Ikmal menghisap vape dalam Dewan Rakyat.

Wakil Rakyat tersebut seterusnya menafikan dakwaan itu dengan menyatakan apa yang dipengangnya adalah pen.

Gambar itu dipercayai diambil oleh jurugambar Perdana Menteri ketika Ikmal keluar dari Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ikmal menggesa supaya jurugambar terbabit seharusnya dipanggil memberi penjelasan sambil menasihatkan mana-mana pihak untuk tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak jelas.

PALING POPULAR

To Top