Umum

Penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta berjaya dibongkar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang menyebabkan kesukaran pengedaran dan penjualan produk itu.

Menurut laporan di media, syarikat terbabit telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun, sejak kira-kira 7 tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Ia turut berkata, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta beberapa tahun lalu sebagai pembiayaan projek tersebut berdasarkan kontrak yang diberikan itu

“Pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri bagi mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun yang dianggarkan bernilai lebih RM100 juta,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, pembekalan beras tersebut tidak dibuat oleh syarikat yang diberikan kontrak tersebut.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim telah mengesahkan berkaitan siasatan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top