Umum

TMJ jumpa 779 guru enggan divaksin hari ini

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang enggan divaksin hari ini.

Pertemuan itu bagi mencari penyelesaian isu berhubung perkara berkenaan dan akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Turut bersama-sama dalam pertemuan pada Jumaat itu nanti adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga akan memanggil semua 779 guru berkenaan.

Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Johor akan membantu memberi penerangan tentang kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit menerima vaksin.

PALING POPULAR

To Top