Umum

Syarikat pengeluar telur terbesar di Asia sedut ‘subsidi’ ataupun sengaja beri lalukan kepada telur import?

Sekurang-kurangnya dua hingga 10 juta biji telur akan diimport sehari bermula Khamis lalu bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan selain mengawal harga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah tersebut bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan import 100,000 biji telur.

Namun, rata-rata rakyat Malaysia mengeluh apabila harga telur import Gred C mencecah sehingga 50 sen sebiji.

Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal, Yaakob Osman menyuarakan pendapat beliau mengenai telur import ini dan menyoal di mana syarikat gergasi pengeluar telur ayam di Asia yang asalnya dari Malaysia.

Dalam hantaranya di Facebook pada sabtu lalu, beliau berkata “Okay ni kita cerita bab telur ayam pula,

Tuan tuan tahu kenapa telur ayam supply kurang dan harga mahal?

Sebelum kita bagi jawaban kita cerita back ground sikit. Malaysia ni ranking ke 6 di dunia pengeluar telur ayam tuan tuan . Jangan main main.

Sykt2 ini antara pengeluar telur terbesar di Asia:

1. Teo Seng Capital Bhd

2. Leong Hup Int. Bhd

3. Lay Hong Bhd

4. QL Resources Bhd

Ini semua sykt Malaysia.

Kalau kita sebagai negara pengeksport telur terbesar di Asia dan 6 di dunia, kenapa pula boleh jadi masalah kekurangan telur ni?

Atau sebenarnya kerajaan kita tak ada telur?

Sebenarnya di dalam iklim nilai Ringgit yg rendah berbanding USD.. kebanyakan pengeluar telur ayam .. untung berganda apabila mereka eksport telur keluar daripada di jual di pasaran tempatan. Itu saja sebenarnya.

Contohlah kan :

Sepapan telur (30 biji) jika dieksport boleh mencecah USD6 .. nah itu bernilai RM26.4.

Kalau jual di Malaysia berapa ? Max RM18 kan?

So kalau di kira congak beza RM5 sepapan selepas tolak kos lain.. banyak tu margin nya.

Sebab itu saya fikir pengeluar telur ayam sebagai satu business entity yang mementingkan keuntungan pastinya export keluar apabila nilai Ringgit rendah .

Jadinya jika kerajaan tidak dpt mengukuhkan nilai ringgit, langkah yg boleh diambil ialah dengan mengenakan sekatan terhadap eksport telur supaya pasaran tempatan dapat dipenuhi dahulu sebelum eksport dibenarkan. Berani ke 😬

Of course ini cadangan mudah tetapi mampukah kerajaan melaksanakannya? Apakah kos kepada kerajaan? Dari segi subsidi kepada pengeluar? Dari segi kurang nilai cukai?

Lagi satu tuan tuan, kementerian yang jaga semasa ayam bertelur ialah MOA (Mat Sabu) .  Kementerian yang jaga penjualan telur pula ialah KPDNHEP .. sapa menteri entah. Eksport telur sapa jaga ? MITI ? 😬Yang jaga harga telur ayam siapa? Menteri Ekonomi barangkali ?

Nah Tuan Tuan, telur saja 4 kementerian jaga 😂 .. sbb tu payah nak jaga bab supply dan harga nya.

Btw ejaan nya telur ke telor? Saya sebut teloq saja dari dulu😬

Eh Rafizi kan ada dia bijak suruh lah dia pikir😅”.

Yaakob Osman,
Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal.

PALING POPULAR

To Top