Umum

Turunkan tayangan “Man On The Run”, permintaan akan dipertimbangkan

Gambar poster Man On The Run

Permintaan peguam bekas Perdana Menteri Najib Razak yang minta kerajaan mengarahkan perkhidmatan penstriman, Netflix, menurunkan dokumentari berkaitan 1MDB akan dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.

Media melaporkan perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada pemberita selepas selesai solat Jumaat.

Terdahulu, Tetuan Shafee & Co berkata “Man on the Run” adalah subjudis dan memudaratkan kepada pembelaan Najib dalam bicara kes 1MDB yang masih berjalan.

Dokumentari itu berkisar peranan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dalam 1MDB. Ia mula ditayangkan di pawagam tempatan pada Oktober tahun lalu dan kini tersedia kepada pelanggan Netflix.

Firma itu menjelaskan kenyataan dikeluarkan oleh pihak diwawancara berbentuk penghinaan terhadap mahkamah, dan mahu Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memastikan dokumentari itu dilayang tay0ang.

PALING POPULAR

To Top