Umum

Ujian Sirah UPKK ditetapkan pada hari Rabu, 24 Januari

Gambar Jakim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada Rabu depan bersamaan 24 Januari ini.

Ia susulan keluhan dan aduan daripada ibu bapa selepas Jakim menangguhkan ujian kertas Sirah yang sepatutnya berlangsung pada Rabu kepada Selasa depan.

“Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, penangguhan itu dibuat berikutan Jakim menerima laporan terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

“Saya mendoakan agar semua calon UPKK mendapat kejayaan yang cemerlang,” katanya lagi.

Ujian UPKK diadakan serentak di seluruh negara bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi, Khat dan Asas Lughatul Quran.

 

Sumber Jakim

PALING POPULAR

To Top