Politik

UMNO Melaka ibarat memakan darah daging sendiri

Peperangan politik di Melaka bagaikan tiada penghujung sehingga menjadi perpecahan dikalangan ahli politik UMNO.

Justeru, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera, jika tidak mahu perpecahan dalaman UMNO Melaka merebak ke negeri-negeri lain.

Disini, pocket talk show terpanggil untuk menemu bual Mohd Rafiq, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi mendapatkan pandangan beliau.

Bila ditanya mengapa dan kenapa, ahli UMNO juga adun ini tidak lagi menyokong Ketua Menteri Melaka serta hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Sulaiman Md Ali?

Beliau berkata perkara ini terjadi disebabkan oleh mantan Ketua Menteri Melaka, apabila beliau menentang Sulaiman Md Ali.

“Beliau menggambarkan Ketua Menteri yang ada sekarang tiada integriti, Ketua Menteri dari UMNO yang memimpin Melaka kini hanyalah sebuah boneka yang dikuasai oleh orang lain”

Tambahan beliau apa yang dikeluarkan oleh Idris Harun “bila kita bawa sesuatu isu pergi berjumpa Ketua Menteri Melaka, beliau langsung tidak membuat keputusan dan bagaikan menanti jawapan dari pihak lain”.

“Oleh kerana setiap apa yang dicadangkan oleh adun-adun lain tidak dilayan oleh Ketua Menteri, maka keempat-empat mereka menarik sokongan kerajaan negeri Melaka” ujarnya.

Bagi beliau ini adalah sebuah drama yang direka oleh pimpinan-pimpinan UMNO, dimana sebelum ini pun pimpinan UMNO ada terlibat dalam penukaran Menteri Besar Perak, Johor dan pernah terlibat dalam menukar Perdana Menteri Malaysia.

“Okaylah dia tukar pimpinan dari parti lain, tapi hari ini kita dapat lihat pimpinan UMNO itu sendiri menukar Ketua yang daripada UMNO itu sendiri.

“Inilah ultimate, inilah yang menunjukan siapa UMNO itu sebenarnya. Kerakusan UMNO dalam mendapatkan kuasa mereka sanggup buat apa sahaja. Jadi itulah UMNO” katanya.

Beliau mengatakan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini amat menyedihkan, pihak Bersatu tidak bersetuju dengan insiden yang berlaku ini, lagi-lagi dalam peringkat kepimpinan tertinggi Bersatu kerana ini bukan masanya untuk berpandangan dan berpegang. Apa yang penting sekarang ini adalah masa kita untuk menumpuhkan usaha kita untuk menangani masalah Covid-19, ekonomi dan beberapa perkara lain lagi.

Bila ditanyakan cara jalan penyelesaian untuk perkara ini, beliau mengatakan “saya tidak nampak ada cara lain apabila TYT sendiri telah mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri Melaka. Ia bermakna pilihan raya akan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari pembubaran”.

Beliau juga mengharapkan insiden Melaka ini menjadi satu pengajaran, dan berharap adun-adun yang lain buat masa ini diminta bertenang sehingga pilihan raya akan datang.

“Lebih baik kita selesaikan dahulu masalah Covid-19 di Malaysia ini seperti yang sarankan oleh Majlis Pengerusi Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu baru kita masuk ke gelanggang pilihan raya dan biarlah rakyat yang membuat pilihan siapa yang mereka mahukan” ujarnya lagi.

UMNO di Melaka tumbang apabila, Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa 4 Oktober 2021.

PALING POPULAR

To Top