Umum

Umno menolak keras cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Unesco

Gambar Facebook

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengajak kepimpinan Umno berbincang berhubung cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Namun Umno tetap dengan pendirian menolak cadangan tersebut, di sebalik pelawaan Nga Kor Ming untuk berbincang.

Presiden Umno Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri mengesahkan perkara tersebut sebelum menyatakan Nga belum menghubunginya mengenai perbincangan itu.

“Beliau tidak pernah menghubungi saya, mungkin pemimpin lain saya tidak tahu.

“Namun Umno tetap dengan pendirian menolak keras cadangan Nga,” katanya selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Bagan Datuk, Perak, dilaporkan Berita Harian.

Terdahulu, media turut melaporkan Nga bercadang mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia, bertujuan untuk mengiktiraf perkampungan berusia 76 tahun itu dari segi sejarah dan kepentingan budaya.

Cadangan tersebut mendapat penolakan oleh beberapa pihak termasuk Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan cadangan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan, yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan keistimewaan tertentu.

 

PALING POPULAR

To Top