Umum

Video call tular, Polis akan panggil Mr.H

Gambar Sidang Media Mohammad Agus & Wahab

Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu diberi gelaran sebagai ‘Mr H’, yang dipercayai terkait dengan rakaman perbualan video tidak senonoh yang telah tular.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya akan memanggil ‘Mr H’ tersebut berdasarkan maklumat yang telah diberikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff pada Isnin.

Beliau turut mengesahkan bahawa selain ‘Mr.H’, terdapat beberapa individu lagi yang akan dipanggil dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Razarudin berkata, pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis dibuat oleh Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir berkaitan ancaman keselamatan ke atas dirinya dan meminta agar dia segera tampil untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Abdul Wahab dalam satu sidang media khas mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama Mr H untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Sehubungan itu, pada hari Isnin, Mohammad Agus dilaporkan sudah memdedahkan identiti ‘Mr H’ kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

PALING POPULAR

To Top