Umum

Zahid Hamidi beri maklumat palsu dan berbohong kepada Agong

Selepas, Presiden MIC SA Vigneswaran, terkini Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon pula membuat kenyataan di Facebook MCA.

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan yang diberikan bahawa parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim adalah palsu dan Zahid Hamidi telahย  berbohong kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐‚๐€, ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐‚๐ก๐จ๐ง๐  ๐’๐ข๐ง ๐–๐จ๐จ๐ง (๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ)

Ditegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Barisan Nasional (BN) yang ditandatangani Pengerusi BN, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10, bukanlah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 November 2022.

Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih.

Surat yang diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu, MCA percaya YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

-MCA online-

PALING POPULAR

To Top