Umum

Zahid Hamidi menuduh Muhyiddin Yassin kalut berdepan PRU, dan ingin perlimen segera dibubarkan!

Minggu lalu, rakyat masih dikejutkan dengan cerita hangat dimana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melaungkan bahawa ‘beliau sanggup meredah banjir, demi berkempen’ ketika di majlis Top 5, Barisan Nasional.

Dalam kekalutan rakyat bersiap siaga menghadapi banjir yang bakal berlaku pada November nanti. Beliau terus meroyan, mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri membubarkan parlimen secepat mungkin.

Bukan itu sahaja, beliau juga ada menulis di Facebooknya bahawa Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin kalut dalam berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh.

Ahmad Zahid juga mendakwa, sebahagian besar pimpinan BN termasuk dirinya dapat menghidu muslihat Muhyiddin biarpun ada sebahagian yang terpedaya.

Jelas beliau, tidak menghairankan Bersatu tidak mengisytiharkan PH sebagai musuh utama walaupun Muhyiddin pernah mendakwa PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

“Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Mahiaddin tersebut adalah pimpinan tertinggi Pas.

“Maka dengan pengumuman Mahiaddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran,” katanya lagi.

Beliau juga memanipulasi tulisannya dengan mengatakan serangan Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri sebagai implikasi negatif kepada negara kerana ia menggambarkan kerajaan yang dianggotainya gagal.

Belia juga berkata serangan itu, menyulitkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia termasuk nilai mata wang yang kini berada dibawah paras mengusarkan.

Adakah kegusaran beliau akan terhenti setelah parlimen dibubarkan, dan PRU segera diadakan?

Nampaknya, Zahid mula bongkak dan angkuh setelah bebas dari 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN).

Namun, beliau masih berbaki 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadi dan polisi insurans serta lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Adakah ini punca beliau ingin mempercepatkan PRU agar dapat terlepas dari hukuman dan diangkat menjadi Perdana Menteri seperti yang telah tersebar di semua laman sesawang?

Jadi, ‘tepuk dada tanyalah selera’.

PALING POPULAR

To Top