Umum

Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital

Selepas beberapa hari keluar dari hospital dan diberikan rawatan, Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir ke mahkamah bagi menyambung perbicaraannya melibatkan kes salah guna dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib menerima rawatan dan menyebabkan perbicaraan 1MDB itu tertangguh selama tiga hari setengah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas peguamnya mengadu anak guamnya mengalami kesakitan dan mendakwa diberikan tersalah ubat darah tinggi.

Menurut laporan MalayMail Online, Najib tiba di mahkamah sekitar jam 10 pagi dengan memakai suit biru gelap dan masuk ke kamar mahkamah dengan diiringi pegawai penjara.

Turut kelihatan menurut laporan, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Nooryana Najwa di kamar.

Pada 23 September lalu, Hospital Rehabilitasi Cheras mengumumkan Najib sudah kembali pulih dan dihantar semula ke Penjara Kajang.

PALING POPULAR

To Top