Umum

Zahid jangka lebih ramai lagi Ahli Parlimen PN akan sokong PM

Gambar FB Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyatakan pandangan yang menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Semasa ditemui media selepas satu majlis, beliau berkata “kita berpandangan bahawa bukan hanya empat orang ini saja, kita jangka mungkin lebih daripada itu yang akan berikan sokongan kepada PMX.”

“Kita mesti sangka baik dengan sokongan yang diberikan,” katanya lagi.

Sehingga kini, seramai 4 Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dengan alasan demi kepentingan kawasan diwakilinya.

Wakil rakyat Bersatu itu adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

 

PALING POPULAR

To Top