Umum

Perlis diisytihar Geopark Kebangsaan, Perlis Geopark

Gambar Hiasan / FB Perlis Geopark

Perlis berjaya diperakukan dan diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dengan nama sebagai “Perlis Geopark” selepas memenuhi skop untuk penilaian Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.

Perkara tersebut yang telah diumumkan oleh Perlis Geopark pada hari Khamis di laman Facebook rasmi miliknya, turut memaklumkan Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan telah berlangsung pada 4 hingga 7 September 2023 melibatkan sebanyak 23 Geotapak yang dipilih untuk dinilai di seluruh Negeri Perlis.

Sehubungan itu, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis merangkap Pengurus Perlis Geopark Puteh Soraya A Rahman telah menyatakan bahawa penarafan Perlis Geopark menjadi satu batu loncatan kepada usaha meningkatkan industri pelancongan di negeri berkenaan.

“Pelancong mempunyai satu lagi pilihan produk pelancongan baharu yang disebut sebagai ‘geotrail’ dan boleh dipandu oleh ‘geoguide’ berdaftar bagi mengenali geologi dan biodiversiti yang terdapat di Perlis.

“Moga seluruh rakyat Perlis mendapat manfaat bagi penjenamaan Perlis Geopark ini terutamanya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025,” katanya.

PALING POPULAR

To Top