Diet

10 Cara Paling Mudah Bakar 100 Kalori Dalam Sehari

Miliki bentuk tubuh ideal menjadi idaman setiap wanita. Bukan je nampak cantik, tapi bagus untuk kesihatan juga.

Tapi sebenarnya dengan berdiet je tak cukup. Kalau nak turunkan berat badan lebih cepat, kena la bersenam untuk membakar kalori.

Bersenam pun penat? Kalau rasa susah sangat nak bersenam, ada cari paling mudah untuk bakar lemak dalam masa sehari.

1. Cakap telefon sambil berjalan

Cakap telefon sambil berjalan selama 1 jam dapat membakar sekurang-kurangnya 100 kalori! Kajian mendapati, wanita bekerjaya bercakap telefon sambil berjalan mengelilingi ruang pejabat mampu membakar sejumlah kalori.

2. Berjalan jauh

Contohnya, jarak kafe dan pejabat anda tidaklah begitu jauh tetapi anda boleh cuba membakar lebih banyak kalori dengan mengambil jalan yang jauh.

3. Tukar Kerusi

Tukarkan kerusi pejabat kepada bola gimnasium. Dengan menggunakan bola tersebut, bukan sahaja membakar kalori, malah memperbaiki postur, keseimbangan dan pembentukan tulang belakang.

4. Mengemas rumah

Tahukah anda bahawa dengan mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori dalam sehari. Jadikan amalan mengemas rumah sebagai rutin setiap hari. Ia memang berkesan!

5. Membasuh/melipat/gosok baju

Buat ibu-ibu yang tiada masa untuk ke gimnasium, luangkan masa 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian setiap hari dan anda boleh membakar 100 kalori.

6. Mengemas katil

Lepas ini, rajin-rajinlah kemas katil. Mengemas katil, bantal, menukar sarung bantal dan tilam selama 50 minit hingga 1 jam dapat membakar 100 kalori.

7. Memotong sayuran

Ketika memasak di dapur, cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 40 minit untuk memotong sayur. Aktiviti memotong sayur selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.

8. Berdiri

 

Berdiri selama 20 minit dapat membakar 100 kalori. Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat panggilan atau bercakap dengan rakan sekerja).

9. Membeli-belah

Window shopping dan membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Tidak perlu membeli apa-apa pun sudah dapat membakar kalori.

10. Membawa bakul semasa membeli barang

Mungkin ramai yang biasa menggunakan troli ketika membeli barang dapur. Bermula hari ini, tukar pula dengan bakul. Membawa bakul selama 30 minit dapat membakar sebanyak 110 kalori.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top